HH1. – Sirus (Ci)
HH1. Sirus(Ci), awan berupa filamen/cangkuk ditiupkan dari kanan ke kiri dalam angin timuran yang begelora. Awan-awan ini terdiri daripada hablor ais yang terjadi disebabkan suhu terlalu dingin pada paras tinggi atmosfera.
HH2. Sirus (Ci)
HH2 .Awan Sirus(Ci) ditiupkan angin timuran yang bergelora. Awan ini berwarna putih dengan pinggiran tidak jelas terdiri daripada hablur-hablur ais.
HH3. Sirus (Ci)
HH3. Jaluran awan Sirus(Ci) ditiup oleh angin timuran yang bergelora. Warna merah keputihan yang menakjubkan itu adalah disebabkan sinaran suria semasa matahari terbit. Awan-awan ini bergerak pantas dari timur ke barat Kuala Lumpur pada kira-kira 0000Z pagi dalam bulan Mei 2002.
HH4. - Sirus Beralun
HH4. Awan sirus beralun (wavy cirrus) meliputi hampir keseluruhan langit.
HH5. – Sirokumulus (Cc)
HH5. Sirokumulus(Cc) diperhatikan pada awal pagi kira-kira 0000Z di Petaling Jaya dalam bulan May/Jun 2002. Elemen-elemen awan itu kelihatan seperti sisik ikan dibawah sinaran suria putih.
No comments:
Post a Comment
Silahkan Poskan komentar anda